Monday, 28 September 2015

*VITAMIN C* TERDAPAT DALAM GORGEOUS JUICE MERVE

*VITAMIN C*
[ Pengetahuan Penting tentang salah satu kandungan formula yg terdapat dlm GORGEOUS Juice ]
.
Apa itu VITAMIN C ??
.
Vitamin C adalah antara vitamin yang paling kerap diambil oleh mereka yang perihatin dengan kesihatan. Adakah anda tahu keistimewaannya?
.
Vitamin C juga dipanggil sebagai ascorbic acid (asid askorbik). Keperluan minima yang disyorkan, seperti yang digariskan oleh USRDA (United Stated Recommended Daily Allowance) ialah 60mg sahaja sehari. Bagaimanapun, untuk kesan-kesan baik yang maksimum, pengambilan vitamin C dalam dos yang lebih tinggi adalah disyorkan.
.
Vitamin C sangat tidak stabil. Oleh itu ia mudah rosak bila terdedah kepada pencemaran, stress, proses oxidasi (seperti terdedah kepada udara), merokok dan sebagainya. Vitamin C tidak dibuat oleh sel-sel badan kita. Oleh itu, pengambilan dari sumber luaran adalah penting.
.
Vitamin ini larut di dalam air. Ia mudah dibuang melalui air kencing dan juga peluh. Pengambilan yang berterusan adalah penting untuk memastikan kandungan di dalam badan tidak menjadi rendah.
----------------------------------------
----------------------------------------
KELEBIHAN & KEISTIMEWAAN PENGAMBILAN VITAMIN C :
1) Fungsi sebagai penguat sistem imuniti badan. Vitamin C menyebabkan fungsi sel darah putih dapat dijalankan dengan lebih efektif. Sel-sel darah putih ini melawan bakteria dan virus yang menyerang badan kita.
.
2) Pembuangan toxin-toxin dari dalam badan.
.
3) Sebagai anti-oksident ia penting dalam pencegahan penyakit bahaya seperti kanser. Selain sebagai fungsinya sebagai anti-oksident, vitamin C membantu pengeluaran interferon yang sangat penting untuk melawan sel-sel kanser. Vitamin C juga menghalang pembentukan nitrosamines yang boleh menyebabkan kanser.
Perlu diingat bahawa vitamin C bukanlah ubat untuk kanser, tetapi ia membantu memperlahankan pertumbuhan tumor daripada menjadi lebih teruk di samping menguatkan sistem imunisasi.
.
4) Kesihatan sistem jantung. Pengurangan kandungan vitamin C akan menyebabkan pengeluaran asid bile berkurangan. Ini pula akan menyebabkan pertambahan kandungan kolesterol. Pengurangan vitamin C juga menyebabkan dinding saluran darah mudah dirosakkan oleh enzim.
.
Kajian menunjukkan pengurangan vitamin C dalam jangkamasa panjang akan menyebabkan atherosclerosis, di mana lemak dan kolesterol akan melekat dan menyekat saluran darah.
5) Penyembuhan luka & parut. Vitamin C akan meningkatkan kadar pengeluaran collagen, oleh itu luka atau parut boleh sembuh dengan lebih cepat.
.
6) Agen mengurangkan rasa sakit.
.
7) Mengurangkan alahan.
.
8) Penyerapan zat besi dari sumber bukan daging ke dalam darah. Ini adalah penting kepada mereka yang tidak memakan daging (vegetarian).
.
9) Pengurangan stress. Vitamin C adalah penting dalam pengeluaran hormon corticosteroids, adrenaline dan noradrenaline. Stress menyebabkan hormon-hormon ini dikeluarkan lebih daripada biasa, oleh itu keperluan kepada vitamin C akan meningkat. Dalam hal ini pengambilan bersama vitamin B kompleks adalah penting.
.

10) Mencantikkan kulit, lembut & gebu seluruh badan dengan khasiat vitamin c yg terkandung dari dalam tubuh.















No comments:

Post a Comment