Menarik nafas dalam-dalam adalah hal penting bagi kesihatan
fizikal mahupun emosi. Tetapi, kerana bernafas lebih cenderung dianggap sebuah
refleks menyebabkan aktiviti menghirup nafas secara dalam sering dilupakan.
.
Mulai sekarang, luangkan waktu sejenak untuk menarik nafas
dalam-dalam hingga anda merasa ada udara melewati hidung melalui perut hingga
keluar lewat mulut. Ketahui manfaat lainnya dari menarik nafas dalam-dalam,
sepertimana yang dipetik dari Reader Digest..
.
1) MENGURANGKAN STRESS
Bernafas secara dalam membantu mengurangkan stress ketika
anda sedang merasa tertekan. Dengan cara ini tubuh akan mengirimkan signal
untuk memperlambatkan reaksi di otak, sehingga ada perubahan hormon dan
faktor-faktor fisiologi lain. Kesannya adalah memperlambatkan denyut jantung
serta menurunkan tekanan darah yang tinggi semasa stress.
.
2) MENURUNKAN TEKANAN DARAH
Bernafas secara dalam merangsang munculnya oksida nitrat
yang berfungsi membuat seseorang lebih tenang. Zat tersebut akan memasuki
paru-paru bahkan pusat otak, sehingga tekanan darah yang dalam keadaan tinggi
boleh menurun.
.
3) MEMPERLAMBATKAN DENYUT JANTUNG
Semasa emosi meninggi dan rentak denyutan jantung cepat,
tariklah napas dalam-dalam. Cara ini sangat efektif menurunkan rentak denyutan
jantung saat anda sedang stresa. "Ambil nafas dalam-dalam dengan benar,
lakukanlah sebanyak tiga kali. Denyutan jantung dan tekanan darah pun akan
menurun," kata Dr. Abramson.
.
4) MENURUNKAN RASA MARAH
Bernafas dalam-dalam ketika anda mulai merasa emosi sedang
meninggi. "Saat marah, tubuh akan merasa tertekan, dengan bernafas secara
dalam boleh menurunkan emosi dan tekanan yang muncul," kata Robert
Nicholson, Ph.D., assisten profesor dari Saint Louis University.
.
5) MENCEGAH MAKAN BERLEBIHAN
Stress adalah salah satu punya utama meningkatkan nafsu
makan. Anda boleh mengatasinya dengan latihan pernafasan. Ketika nafsu makan muncul
semasa stress, ambil nafas secara perlahan dan singkirkan makanan dari fikiran
dan fokuslah untuk lebih tenang / releks
No comments:
Post a Comment