Wednesday, 2 September 2015

JOM KURUS BERSAMA ELITE S7

TIPSsss 1 :

Makan Malam :

Ada pendapat yang mengatakan makan malam perlu dielakkan untuk menguruskan badan. Sebenarnya pendapat itu tidaklah 100% betul. Badan dan otak manusia adalah bijaksana dan cepat mengadaptasi sebarang perubahan yang dilakukan.

Tindakan berlapar pada malam hari hanya berkesan untuk sementara waktu sahaja. Badan dan otak akhirnya akan memperlahankan kadar metabolisma untuk menyesuaikan dengan keadaan seseorang yang lapar. Maka tiada penurunan berat badan yang signifikan akan berlaku selepas itu.

Jadi adalah lebih baik makan sedikit daripada berlapar sepanjang malam. Untuk makan malam saya amalkan memakan sandwich 2 keping roti wholemeal. Sandwhich telur sudah memadai bagi saya. Kadang-kadang saya hanya makan 2-3 keping roti wholemeal dengan mencecah ke dalam air coklat panas.

Biskut wholemeal yang dikurangkan garam boleh juga menjadi makan malam yang baik. Biskut oatmeal juga banyak terdapat di pasaran untuk mengalas perut pada waktu malam.


Alternatif lain adalah buah-buahan segar yang mudah didapati seperti tembikai, epal, dan sebagainya.


013-3131 731










No comments:

Post a Comment