Apa khabar semua? Saya harap semuanya
sihat walafiat di samping orang tersayang. Hari ini saya ingin berkongsi 2
faktor utama yang perlu kita laksanakan supaya pembakaran kalori dalam diri
terjadi dengan lebih berkesan. Saya lebih suka menggunakan frasa 'pembakaran
kalori' kerana ia lebih tepat daripada 'pembakaran lemak'.
.
2 faktor tersebut adalah senaman kardio
dan senaman
bebanan.
.
Senaman kardio adalah senaman yang
melibatkan peningkatan denyut nadi dan melibatkan kepantasan pergerakan seperti
berlari, bermain badminton, berenang, berbasikal atau berjogging.
.
Manakala senaman bebanan pula adalah
aktiviti senaman mengangkat beban seperti weight training di dalam gimnasium.
Ia juga melibatkan peningkatan denyut nadi namun tidak pada kadar yang berterusan.
.
Kajian telah membuktikan aktiviti
senaman kardio diselang seli dengan aktiviti senaman bebanan dapat meningkatkan
peratusan pembakaran kalori sehingga 2 kali ganda berbanding jika kita hanya
membuat satu jenis senaman sahaja.
.
Simple je kan? Ok kita mulakan hari
esok nanti. Cheers!
No comments:
Post a Comment